Abu Talhah mengajukan pinangan untuk menikahi Ummu Sulaim Binti Mulhan. dia menawarkan mahar yang mahal,dia sangat terkejut dan lidahnya menjadi kelu ketika Ummu Sulaim menolaknya dengan angkuh. Ummu Sulaim berkata " Sesungguhnya tidak mungkin aku menikahi lelaki musyrik. bukankah kamu mengetahui,wahai Abu TAlha,bahawa tuhan-tuhan kamu dipahat oleh Abu Fulan dan apabila kamu membakarnya,maka dia akan turut terbakar?
Abu Talhah merasa tekana yang teramat berat. Lalu, dia pun pergi begitu saja dan hampir tidak percaya pasa apa yang dilihat dan didengarnya. Akan tetapi kerana cintanya, Abu Talha kembali lagi dengan membawa mahar yang lebih besar dan janji kehidupan yang lebih menyenangkan, dengan harapan hati Ummu Sulaim tunduk dan menerimanya. Namun Ummu Sulaim berkata dengan sopan dan santun " Lamaran anda tidak sepatutnya ditolak wahai Abu Talhah, namun anda adalah lelaki kafir sedangkan aku adalah wanita muslimah. Tidak boleh dan tidak sah bagiku untuk menikah dengamnu"
Abu Talhah berkata " Apa yang kamu inginkan? "
Ummu Sulaim bertanya " Apa keinginanku? Abu Talhah berkata " Apakah emas dan permata? Ummu Sulaim menjawab " Aku tidak menginginkan emas dan permata tetapi yang ki inginkan adalah islam darimu " Abu Talhah bertanya lagi " siapa yang dapat menuntun ku untuk itu? Ummu Sulaim menjawab " RASULULLAH S.A.W dapat menuntun untukmu "
Bergegaslah Abu Talha berjumpa RASULULLAH S.A.W..
Abu Talhah bercerita kepada RASULULLAH S.A.W apa yang diceritakan oleh Ummu Sulaim kepadanya.
Akhirnya Ummu Sulaim menikahi Abu Talhah dengan mahar yang dia mahu kan iaitu masuk agama islam..
P/S :: Nikahi laa insan kerana agama nya..bukan kerana rupa atau harta benda :))
Suke dgn entry neyh? just click like keyh?? dunt forget,tggl kan jejak di tagboard..thanks !
No comments:
Post a Comment